Saturday 14 April 2012

.:Tahniah SKSR, Teruskan Perjuangan!:.

Pada hari Khamis, 12 April 2012, MTQ Peringkat Daerah Marang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa. Seramai empat orang peserta dan dua guru pengiring yang terdiri daripada Puan Sabariah Samat dan Puan Rohaya Sidek telah bertolak seawal jam 8.30 pagi dengan membawa harapan yang tinggi.

Alhamdulillah, keputusan yang tidak dijangka. SK Simpang Rawai berjaya merangkul dua Johan, dua Naib Johan, Johan Keseluruhan Kategori Bercerita dan Johan Keseluruhan bagi Peringkat Daerah Marang. Peserta yang mendapat johan akan bertanding ke peringkat negeri di SM Chukai, Kemaman bermula 21 April 2012 ini.

Penyampaian kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Simpang Rawai, Tuan Haji Ngah b Bidin dalam perhimpunan mingguan di Dataran Lestari.

Johan Bercerita Perempuan- Wan Nur Nabila Wan Ismail mengambil  hadiah kemenangan

Noor Urwah (Naib Johan Hafazan Lelaki)

Naib Johan Bercerita Lelaki - Haziq Nazmi Amzi

Nabil Maarof berjaya mendapat Johan Tilawah Al-Quran Lelaki

SKSR Boleh! YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada En.Abdul Rahman Mohamad (Guru Pen.Kanan Kokurikulum)
dengan kemenangan Johan Keseluruhan Kategori Bercerita dan Johan Keseluruhan Daerah Marang

Pemenang dan Guru-guru Panitia Agama Islam & j-Qaf bergambar bersama hadiah kemenangan


TAHNIAH DI ATAS KERJASAMA DAN SOKONGAN SEMUA
SKSR BOLEH!


No comments:

Post a Comment