Wednesday 4 April 2012

::Karnival Dakwah MTQ 2012::

Buat julung-julung kalinya, Karnival Dakwah MTQ bagi Zon 2A Daerah Marang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai. Sebanyak tujuh buah sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Sekolah Kebangsaan Tasek, Sekolah Kebangsaan Gondang, Sekolah Kebangsaan Paya Resak, Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa, dan Sekolah Kebangsaan Bukit Payong.

Sebanyak tiga acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita yang melibatkan murid lelaki dan perempuan. Pertandingan Bercerita diadakan di Dewan Al-Farabi, Tilawah Al-Quran di Surau Ibnu Qayyum manakala Hafazan dipertandingkan di Makmal Komputer Al-Biruuni.

Para peserta dari SK Simpang Rawai telah menyertai ketiga-tiga acara terbabit dan Alhamdulillah, SK Simpang telah mendapat Johan bagi Tilawah Al-Quran Lelaki dan Naib Johan bagi Pertandingan Hafazan Lelaki, Bercerita Lelaki dan Bercerita Perempuan. Senarai nama peserta yang mewakili SK Simpang Rawai ialah;

Tilawah Al-Quran
1- Nabil Maarof (Johan)
2- Nurul Jannah (Saguhati)

Hafazan
1-Mohd Nuur Urwah Mohd Amran (Naib Johan)
2-Nur Ainun Nabilah Kamal (Saguhati)

Bercerita
1- Haziq Nadzmi Amzi (Naib Johan)
2- Wan Nur Nabilah Wan Ismail (Naib Johan)

Pemandangan di Dewan Al-Farabi


Surau  Ibnu Qayyum bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran
Terima kasih kepada guru-guru yang melatih dan bertungkus lumus menjayakan MTQ pada kali ini dan tahniah kepada pemenang. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan setimpalnya..Insya Allah. 

*Insya Allah, gambar lain akan diupdate kemudian

Disediakan oleh;
Setiausaha Panitia Agama Islam & j-Qaf SK Simpang Rawai 2012

No comments:

Post a Comment