Wednesday 18 April 2012

::Solat Hajat Tahun 6::

Bermula hari ini, setiap hari Isnin dan Khamis akan diadakan solat hajat untuk murid Tahun 6 di Surau Ibu Qayyum. Solat hajat akan bermula pada jam 7.30 pagi selepas bacaan Surah Yasin. Semoga dengan solat hajat yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Insya Allah.

al-baqarah-45-46.jpg

45- Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,
46- (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya. (Al Baqarah 45-46)

Solat hajat yang telah dipimpin oleh Ustaz Fadhlan

Ruang murid perempuan


::SK Simpang Rawai Terus Melakar Sejarah::

Tahniah daripada warga SK Simpang Rawai di atas kemenangan pasukan kompang yang mendapat Naib Johan pada pertandingan peringkat Daerah Marang yang telah diadakan di SK Marang.

Sebelum ke pertandingan, sempat lagi raptai dihadapan warga sekolah

Pulang membawa kejayaan, Tahniah semua!


Saturday 14 April 2012

.:Tahniah SKSR, Teruskan Perjuangan!:.

Pada hari Khamis, 12 April 2012, MTQ Peringkat Daerah Marang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa. Seramai empat orang peserta dan dua guru pengiring yang terdiri daripada Puan Sabariah Samat dan Puan Rohaya Sidek telah bertolak seawal jam 8.30 pagi dengan membawa harapan yang tinggi.

Alhamdulillah, keputusan yang tidak dijangka. SK Simpang Rawai berjaya merangkul dua Johan, dua Naib Johan, Johan Keseluruhan Kategori Bercerita dan Johan Keseluruhan bagi Peringkat Daerah Marang. Peserta yang mendapat johan akan bertanding ke peringkat negeri di SM Chukai, Kemaman bermula 21 April 2012 ini.

Penyampaian kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Simpang Rawai, Tuan Haji Ngah b Bidin dalam perhimpunan mingguan di Dataran Lestari.

Johan Bercerita Perempuan- Wan Nur Nabila Wan Ismail mengambil  hadiah kemenangan

Noor Urwah (Naib Johan Hafazan Lelaki)

Naib Johan Bercerita Lelaki - Haziq Nazmi Amzi

Nabil Maarof berjaya mendapat Johan Tilawah Al-Quran Lelaki

SKSR Boleh! YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada En.Abdul Rahman Mohamad (Guru Pen.Kanan Kokurikulum)
dengan kemenangan Johan Keseluruhan Kategori Bercerita dan Johan Keseluruhan Daerah Marang

Pemenang dan Guru-guru Panitia Agama Islam & j-Qaf bergambar bersama hadiah kemenangan


TAHNIAH DI ATAS KERJASAMA DAN SOKONGAN SEMUA
SKSR BOLEH!


Wednesday 4 April 2012

::Karnival Dakwah MTQ 2012::

Buat julung-julung kalinya, Karnival Dakwah MTQ bagi Zon 2A Daerah Marang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai. Sebanyak tujuh buah sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Sekolah Kebangsaan Tasek, Sekolah Kebangsaan Gondang, Sekolah Kebangsaan Paya Resak, Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa, dan Sekolah Kebangsaan Bukit Payong.

Sebanyak tiga acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita yang melibatkan murid lelaki dan perempuan. Pertandingan Bercerita diadakan di Dewan Al-Farabi, Tilawah Al-Quran di Surau Ibnu Qayyum manakala Hafazan dipertandingkan di Makmal Komputer Al-Biruuni.

Para peserta dari SK Simpang Rawai telah menyertai ketiga-tiga acara terbabit dan Alhamdulillah, SK Simpang telah mendapat Johan bagi Tilawah Al-Quran Lelaki dan Naib Johan bagi Pertandingan Hafazan Lelaki, Bercerita Lelaki dan Bercerita Perempuan. Senarai nama peserta yang mewakili SK Simpang Rawai ialah;

Tilawah Al-Quran
1- Nabil Maarof (Johan)
2- Nurul Jannah (Saguhati)

Hafazan
1-Mohd Nuur Urwah Mohd Amran (Naib Johan)
2-Nur Ainun Nabilah Kamal (Saguhati)

Bercerita
1- Haziq Nadzmi Amzi (Naib Johan)
2- Wan Nur Nabilah Wan Ismail (Naib Johan)

Pemandangan di Dewan Al-Farabi


Surau  Ibnu Qayyum bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran
Terima kasih kepada guru-guru yang melatih dan bertungkus lumus menjayakan MTQ pada kali ini dan tahniah kepada pemenang. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan setimpalnya..Insya Allah. 

*Insya Allah, gambar lain akan diupdate kemudian

Disediakan oleh;
Setiausaha Panitia Agama Islam & j-Qaf SK Simpang Rawai 2012

Tuesday 3 April 2012

::Kem Bestari Solat Siri 1 (2012)::

Alhamdulillah, Kem Bestari Solat telah dapat dijalankan pada Isnin, 26 Mac 2012 bagi Tahap 1 dan Selasa, 28 Mac 2012 bagi Tahap 2. Guru j-Qaf, GPI dan KAFA telah diamanahkan untuk memantau setiap kelas. Selepas Solat Zohor secara berjemaah, murid-murid diberi rehat dan makan di kantin. Kem diteruskan sehingga tamat pada jam 4.00 petang. Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang telah menjayakan Kem Bestari Solat pada kali ini. Jazakumullah khairan!

Murid lelaki sedang solat Zohor berjemaah di Surau Ibnu Qayyum

Murid perempuan dan guru-guru sedang solat di Bilik j-Qaf Raudhatul 'Ilmi

Saturday 25 February 2012

Wednesday 15 February 2012

Minggu PSS bersama Panitia Agama Islam

12 Februari-Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Agama Islam telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En.Ismail b Salleh. Turut berucap ialah Ketua Panitia Agama Islam, Puan Najdah M.Nawi. Sempena Minggu PSS ini, satu pertandingan kuiz telah dijalankan kepada semua murid yang berminat. Soalan boleh diperolehi di Bilik j-QAF mengikut hari yang ditetapkan. Semua pemenang akan dimaklumkan pada perhimpunan akan datang.

Isnin   - Tahun 1 & 2
Selasa- Tahun 3 & 4
Rabu   -Tahun 5 & 6

Banner sempene Minggu PSS bersama Panitia Agama Islam




Beberapa guru j-QAF bertungkus lumus menyediakan soalan kuiz





Murid-murid sedang menjawab soalan kuiz

Thursday 9 February 2012

Sambutan Maulidurrasul 2012




9 Februari- Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai telah berjaya mengadakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah anjuran Panitia Agama Islam & j-QAF. Acara dimulakan dengan perarakan mengikut rumah iaitu Hijau, Kuning, Biru dan Merah. Sepanjang lebih kurang dua kilometer sekitar kampung Pak Madah dan Kampung Rawai bergema selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW. 

Selepas rehat, majlis disambung dengan pertandingan-pertandingan Azan, Busana Muslim. Mewarna dan Nasyid. Hadiah-hadiah dan nama pemenang akan diumumkan pada hari perhimpunan. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Semoga program-program seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'


Guru Besar, Encik Ismail b Salleh yang sentiasa bersemangat.

Para guru dari Rumah Biru yang ceria








Seorang murid membawa sepanduk
Rumah Hijau sedang berbaris






Murid Rumah Kuning 



 
  Murid Rumah Merah 




 
Antara peserta Nasyid 


Pertandingan Nasyid
Pertandingan Busana Muslim

Pertandingan Azan



Disediakan oleh;
Setiausaha Panitia Agama Islam & j-QAF
SK Simpang Rawai 2012



Wednesday 25 January 2012

Salam Rabiul Awal Al-Anwar


Assalamualaikum, sempena Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai pada 9 Februari nanti, pelbagai acara menarik akan diadakan dengan kerjasama Panitia Agama Islam dan j-QAF untuk semua.

Tahun 1 dan 2                                                          : Pertandingan Mewarna
Tahun 3 (Lelaki)                                                     : Pertandingan Azan
Tahun 3 (Lelaki & Perempuan) setiap kelas        : Pertandingan Busana Muslim'
Tahun 4,5, 6 (lelaki)                                              : Pertandingan Azan
Tahun 4,5, 6 (lelaki & perempuan) setiap kelas : Nasyid


Bagi perarakan Maulidur Rasul akan diadakan pertandingan mengikut rumah sukan masing-masing.

Semoga warga SK Simpang Rawai dapat menyemarakkan lagi rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW.





Thursday 19 January 2012

Kelebihan Menghayati Al-Quran


Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. 

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua. 

1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya 
- muttafaqqun 'alaihi 

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf 
- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih 

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan). 
- Sohih Bukhari dan muslim 

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya 
- Riwayat Muslim 


5. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang 
- Riwayat Tarmizi 

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya 
- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih 

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya 
- Riwayat Muslim 

8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta 
- Riwayat Muslim

Wednesday 11 January 2012