Wednesday 18 April 2012

::Solat Hajat Tahun 6::

Bermula hari ini, setiap hari Isnin dan Khamis akan diadakan solat hajat untuk murid Tahun 6 di Surau Ibu Qayyum. Solat hajat akan bermula pada jam 7.30 pagi selepas bacaan Surah Yasin. Semoga dengan solat hajat yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Insya Allah.

al-baqarah-45-46.jpg

45- Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,
46- (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya. (Al Baqarah 45-46)

Solat hajat yang telah dipimpin oleh Ustaz Fadhlan

Ruang murid perempuan


::SK Simpang Rawai Terus Melakar Sejarah::

Tahniah daripada warga SK Simpang Rawai di atas kemenangan pasukan kompang yang mendapat Naib Johan pada pertandingan peringkat Daerah Marang yang telah diadakan di SK Marang.

Sebelum ke pertandingan, sempat lagi raptai dihadapan warga sekolah

Pulang membawa kejayaan, Tahniah semua!


Saturday 14 April 2012

.:Tahniah SKSR, Teruskan Perjuangan!:.

Pada hari Khamis, 12 April 2012, MTQ Peringkat Daerah Marang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa. Seramai empat orang peserta dan dua guru pengiring yang terdiri daripada Puan Sabariah Samat dan Puan Rohaya Sidek telah bertolak seawal jam 8.30 pagi dengan membawa harapan yang tinggi.

Alhamdulillah, keputusan yang tidak dijangka. SK Simpang Rawai berjaya merangkul dua Johan, dua Naib Johan, Johan Keseluruhan Kategori Bercerita dan Johan Keseluruhan bagi Peringkat Daerah Marang. Peserta yang mendapat johan akan bertanding ke peringkat negeri di SM Chukai, Kemaman bermula 21 April 2012 ini.

Penyampaian kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Simpang Rawai, Tuan Haji Ngah b Bidin dalam perhimpunan mingguan di Dataran Lestari.

Johan Bercerita Perempuan- Wan Nur Nabila Wan Ismail mengambil  hadiah kemenangan

Noor Urwah (Naib Johan Hafazan Lelaki)

Naib Johan Bercerita Lelaki - Haziq Nazmi Amzi

Nabil Maarof berjaya mendapat Johan Tilawah Al-Quran Lelaki

SKSR Boleh! YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada En.Abdul Rahman Mohamad (Guru Pen.Kanan Kokurikulum)
dengan kemenangan Johan Keseluruhan Kategori Bercerita dan Johan Keseluruhan Daerah Marang

Pemenang dan Guru-guru Panitia Agama Islam & j-Qaf bergambar bersama hadiah kemenangan


TAHNIAH DI ATAS KERJASAMA DAN SOKONGAN SEMUA
SKSR BOLEH!


Wednesday 4 April 2012

::Karnival Dakwah MTQ 2012::

Buat julung-julung kalinya, Karnival Dakwah MTQ bagi Zon 2A Daerah Marang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai. Sebanyak tujuh buah sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Sekolah Kebangsaan Tasek, Sekolah Kebangsaan Gondang, Sekolah Kebangsaan Paya Resak, Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa, dan Sekolah Kebangsaan Bukit Payong.

Sebanyak tiga acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita yang melibatkan murid lelaki dan perempuan. Pertandingan Bercerita diadakan di Dewan Al-Farabi, Tilawah Al-Quran di Surau Ibnu Qayyum manakala Hafazan dipertandingkan di Makmal Komputer Al-Biruuni.

Para peserta dari SK Simpang Rawai telah menyertai ketiga-tiga acara terbabit dan Alhamdulillah, SK Simpang telah mendapat Johan bagi Tilawah Al-Quran Lelaki dan Naib Johan bagi Pertandingan Hafazan Lelaki, Bercerita Lelaki dan Bercerita Perempuan. Senarai nama peserta yang mewakili SK Simpang Rawai ialah;

Tilawah Al-Quran
1- Nabil Maarof (Johan)
2- Nurul Jannah (Saguhati)

Hafazan
1-Mohd Nuur Urwah Mohd Amran (Naib Johan)
2-Nur Ainun Nabilah Kamal (Saguhati)

Bercerita
1- Haziq Nadzmi Amzi (Naib Johan)
2- Wan Nur Nabilah Wan Ismail (Naib Johan)

Pemandangan di Dewan Al-Farabi


Surau  Ibnu Qayyum bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran
Terima kasih kepada guru-guru yang melatih dan bertungkus lumus menjayakan MTQ pada kali ini dan tahniah kepada pemenang. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan setimpalnya..Insya Allah. 

*Insya Allah, gambar lain akan diupdate kemudian

Disediakan oleh;
Setiausaha Panitia Agama Islam & j-Qaf SK Simpang Rawai 2012

Tuesday 3 April 2012

::Kem Bestari Solat Siri 1 (2012)::

Alhamdulillah, Kem Bestari Solat telah dapat dijalankan pada Isnin, 26 Mac 2012 bagi Tahap 1 dan Selasa, 28 Mac 2012 bagi Tahap 2. Guru j-Qaf, GPI dan KAFA telah diamanahkan untuk memantau setiap kelas. Selepas Solat Zohor secara berjemaah, murid-murid diberi rehat dan makan di kantin. Kem diteruskan sehingga tamat pada jam 4.00 petang. Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang telah menjayakan Kem Bestari Solat pada kali ini. Jazakumullah khairan!

Murid lelaki sedang solat Zohor berjemaah di Surau Ibnu Qayyum

Murid perempuan dan guru-guru sedang solat di Bilik j-Qaf Raudhatul 'Ilmi